18 Oktober 2013 - 20:30
Jasad ngeri penduduk Bahrain ditemui

Jasad seorang pemuda Bahrain ditemui dalam keadaan ngeri.

  Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Jasad seorang pemuda Bahrain berusia 20 tahun ditemui di pantai al-Malikiya, dalam keadaan dikelar dan ditembak.Mangsa yang dikenali Husain Mahdi Habib sebelum ini telah diculik dan dihukum penjara 15 tahun atas alasan politik.Sementara itu laman sosial Twitter salah sebuah kementerian Bahrain memaklumkan bahawa jasad mangsa telah dipindahkan ke hospital al-Sulaimaniya. Namun butiran idenditi pemuda tesebut tidak diumumkan.Menurut salah satu sumber dari Bahrain, Husain Mahdi telah diculik oleh ejen rejim sejak 4 lalu. Pada 28 Ogos tahun lalu, pihak polis pernah mengumumkan bahawa mangsa telah ditangkap atas kesalahan menyerang sebuah ibupejabat polis, tetapi Husain Mahdi dikatakan berjaya melarikan diri dari penjara setelah 19 bulan ditahan. Sejak itu mangsa diburu ejen Al Khalifah dan ditangkap sekali lagi sehingga dihukum penjara 15 tahun atas kesalahan melarikan diri dari tahanan.Dalam kejadian berasingan, pertubuhan "Gerakan 14 Februari Bahrain" dalam satu kenyataan memaklumkan kes kematian 2 aktivis revolusi bernama al-Uradi dan al-Bashri yang berasal dari pulau Satra. Kedua-dua mangsa bunuh tersebut dilaporkan telah diculik ejen kerajaan yang lengkap bersenjata.Pertubuhan tersebut turut menyentuh rekod jenayah Al Khalifah yang menculik dan membunuh para aktivis revolusi. Salah satu kes yang dianggap penting ialah kes kematian Husain Muhammadi yang amat meragukan kerana mangsa sebelum ini telah diculik ejen kerajaan.Dengen kematian Husain Mahdi Habib, jumlah korban revolusi Bahrain telah meningkat seramai 115 syuhada.